
Ianya tercetus melalui sebuah panduan kertas kerja induk Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DPP Pusat sessi 1989/91. Dan kemudian disahkan oleh mesyuarat Jawatan Kuasa DPP Pusat kali ke-4 pada 1 julai 1989 dengan digerakkan oleh satu unit penajaan seramai 12 orang dari Terengganu yang mempunyai pelbagai pengalaman pasukan sukarelawan beruniform.Majlis Pelancaran Unit Amal ( Kebajikan dan Rekreasi ) telah diadakan pada 14 hingga 16 febuari 1991 bertempat di Pantai Peranginan Tok Jembal, Kuala Terengganu yang dianjurkan oleh Jawatan Kuasa Unit Amal Pusat dengan kerjasama Unit Amal Terengganu.Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Guru...