Ahad, 31 Oktober 2010

MENGIMBAU KENANGAN


KUALA KEDAH - Beramal tanpa mengira fahaman politik itulah semangat yang senantiasa dibuktikan oleh anggota Unit Amal dimana jua mereka berada.

Penyelaras dan Timbalan Ketua Unit Amal Kuala Kedah, Mohd Fuad Lazim dan Khairul Mazdi Md Akhir turut membantu salah seorang remaja mangsa kemalangan bas rombongan wanita UMNO Kuala Kedah yang mengalami kemalangan di Plaza Tol Jelapang, baru-baru ini.

Remaja tersebut dibawa balik dari tempat kejadian dengan van tertera logo dan nama salah sebuah UMNO bahagian di Perak ke Kampung Kubang Jawi, Alor Janggus, dekat sini.

Sekalipun mengalami kecederaan teruk dibahagian kepala dan teresak-esak menangis, dia hanya diturunkan di masjid kampung berkenaan bersama empat mayat mangsa kemalangan.

Dua anggota Unit Amal ini mengangkat dan menghantar remaja tersebut ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar diiringi bapanya, Shafie, salah seorang tenaga kerja UMNO cawangan itu.

Isnin, 25 Oktober 2010

HIMPUNAN UNIT AMAL KEDAH

Bagi memantapkan lagi gerak kerja Jabatan Amal Kedah. Satu program himpunan dan berkhidmat akan berlangsung pada 19-21 November 2010 ini. Bertempat di Memali.
Program tersebut bertujuan mengimarakkan lagi sambutan 25 tahun MEMALI. Semua Ahli lama dan baru dijemput bagi sama-sama menabur khidmat yang sudah sememangnya menjadi nadi perjuangan Unit Amal..

Selasa, 12 Oktober 2010

PENGENALAN BRIGED AMAL BANAT




Jabatan Amal DPPN Kedah baru2 ini telah memperkenalkan Briged Amal Banat. Bertujuan memberi pendedahan Pasukan Beruniform untuk sekolah2 agama dikedah. Bagi mengumpulkan semua Ahli Briged Amal Banat, satu Ijtimak akan bakal diadakan..

Isnin, 11 Oktober 2010

TIMBALAN PENGARAH 1 YANG BARU



Ust Abas Pak Ya.. Dilantik sebagai Timbalan Pengarah 1 Jabatan Amal DPPN Kedah berkuatkuasa serta merta menggantikan Ust Nazir Ibrahim yang memohon persara bagi menumpukan Kawasan dan Cawangan..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites