Sabtu, 25 September 2010

MEMBANTU MANGSA RIBUT

SUMBER BERITA : HARAKAHDAILY

PADANG SERAI, 23 Sept: Ketangkasan dan kesungguhan Unit Amal Kedah yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Amal Negeri, Yahaya Abdullah membantu memasang bumbung rumah yang diterbangkan angin ribut pada 20 September lepas mendapat pujian penduduk Ladang Bukit Sedim.

Walaupun hanya pemasangan bumbung melibatkan 86 buah rumah dilaksanakan oleh sebuah kontraktor hasil peruntukan Pembangunan Negeri (ICU) di bawah kelolaan Kerajaan Persekutuan serta Eastate Bukit Sedim tetapi kedatangan Unit Amal dari Sik, Baling, Bandar Baru, Padang Serai dan Sungai Petani dapat mempercepatkan kerja-kerja tersebut memandangkan bilangan pekerja kontrak tidak seberapa.

Sebahagian besar bumbung rumah ladang yang terletak tidak jauh dari Kulim itu rosak menyebabkan semua peralatan rumah termasuk tempat memasak dan tidur dibasahi air hujan yang turun lebat bersama angin kencang.

Kerja-kerja pemasangan terpaksa mengambil masa berhari-hari kerana setiap petang boleh dikatakan hujan lebat.

Ekoran itu, Pejabat Daerah Kulim membuka dua lokasi penempatan iaitu di Dewan Bukit Sedim untuk mangsa keturunan India manakala Melayu di Surau Bukit Sedim yang turut dijadikan pusat gerakan semua pihak.

Yahaya yang dibantu Penyelaras Unit Amal Kulim Bandar Baru, Basri Mohd Idris dan Penolong Setiausaha Unit Amal Negeri Kedah, Mohd Aziz Kasim dan ramai lagi setiap pagi akan memulakan tugas yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

Katanya, mereka bertugas dengan berhati-hati kerana kebanyakan bumbung rumah telah berusia lebih 20 tahun ada yang reput dan mudah patah apabila dipijak.

"Dua orang anggota Amal kita dah jatuh tapi mujurlah dapat mencapai kayu. Bukan sahaja anggota kita tapi pekerja kontrak dari Myanmar dan Indonesia juga serupa," terangnya ketika ditemui di surau ladang berkenaan.

Sementara itu, Penghulu Mukim Bagan Sena, Rostam Hussin pula berkata, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulim telah menyediakan peruntukan makanan dari hari kejadian sehinggalah penduduk kembali ke rumah masing-masing.

Selain bantuan makanan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merbau Pulas, Ustazah Aishah Ghazali, Ahli Parlimen Padang Serai, Gobalakrisnan dan Pegawai Daerah Kulim, Datuk Abdul Rahman Ahmad turun menziarahi di samping menyampaikan sumbangan kepada mangsa

JAMUAN EIDULFITRI PAS KEDAH










Rabu, 8 September 2010

PROGRAM AKHIR RAMADHAN









AL - FATIHAH..........

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites