..: DERETAN PERISTIWA LEPAS :..

Rabu, 13 Jun 2012

Pertukaran EMAIL Baru


Untuk makluman semua,. jabatan Amal kedah telah menukar alamat email, akaun lama telah di HACK dan ini adalah email yang baru

jabatanamalkedah@yahoo.com

Khamis, 3 Mei 2012

BODYGUARDING kepada Habib Umar AlHafidz






















Beliau adalah al-Habib ‘Umar putera dari Muhammad putera dari Salim putera dari Hafiz putera dari Abd-Allah putera dari Abi Bakr putera dari‘Aidarous putera dari al-Hussain putera dari al-Shaikh Abi Bakr putera dari Salim putera dari ‘Abd-Allah putera dari ‘Abd-al-Rahman putera dari ‘Abd-Allah putera dari al-Shaikh ‘Abd-al-Rahman al-Saqqaf putera dari Muhammad Maula al-Daweela putera dari ‘Ali putera dari ‘Alawi putera dari al-Faqih al-Muqaddam Muhammad putera dari ‘Ali putera dari Muhammad Sahib al-Mirbat putera dari ‘Ali Khali‘ Qasam putera dari ‘Alawi putera dari Muhammad putera dari ‘Alawi putera dari ‘Ubaidallah putera dari al-Imam al-Muhajir to Allah Ahmad putera dari ‘Isa putera dari Muhammad putera dari ‘Ali al-‘Uraidi putera dari Ja'far al-Sadiq putera dari Muhammad al-Baqir putera dari ‘Ali Zain al-‘Abidin putera dari Hussain sang cucu laki-laki, putera dari pasangan ‘Ali putera dari Abu Talib dan Fatimah al-Zahra puteri dari Rasul Muhammad s.a.w.

Beliau dilahirkan sebelum fajar hari senin, 4 Muharram 1383 H / 27 Mei 1963M di Kota Tarim. Di kota yang penuh berkah inilah beliau membesar dan menerima didikan agama serta menghafal kitab suci al-Quran dalam keluarga yang terkenal iman, ilmu dan akhlak yang luhur. Guru pertamanya sudah tentu ayah beliau yaitu Habib Muhammad bin Salim yang juga merupakan Mufti Kota Tarim al-Ghanna itu.

Tanggal 24/4/2012 adalah tarikh keramat yang amat dinantikan oleh anggota amal kedah,. Tugas yang julung kali nya dipertanggungjawabkan oleh Yayasan PAKSI kepada Unit Amal kedah,. iaitu menjadi pegiring keselamatan kepada Ulama besar,

Bermula subuh setelah diberita Maulana Habib telah berada di Singgahan AlBukhary, seramai 12 anggota sudah menunggu dibawah bagi tujuan mengiring beliau ke Masjid Al Bukhary untuk solat subuh, seterusnya kuliah subuh oleh beliau sambil diterjemahkan oleh Habib Ali iaitu cucu secara beliau,.Perjalanan pertama pagi itu ialah ke Mahkamah Syariah untuk perjumpaan beliau dengan kakaitangan serta hakim disana,. sejurus selesai beliau diring ke singgahan. Pada petang pulak beliau ke Darul hadis di Tok keling,. dan pada malamnya pulak beliau dalam Lantunan Mahabah di Masjid Al Bukhary,. Ribuan umat islam turut sama dalam majlis tersebut,.

hari Kedua beliau dikedah,. pagi nya beliau ke maktab Mahmud dan petangnya beliau ke surau perwaja gurun, Dan malam beliau ke masjid sungai mati langgar,.

begitu lah secara ringkas perjalanan beliau di kedah,. kami amal kedah amat bersyukur dan terharu serta tidak dapat gambar dgn kata2. iaitu doa khusus al habib utk kami..
antara doanya""jadikanlah mrk ini pejuang2 yg menolong agamu dan himpunkanlah mrk bersama Rasulullah d syurgamu"..amiin.allahuakbar.

kami amal kedah amat merindui beliau dan harapan agar dapat lagi bertugas Allah untuk Habib,.

lagi gambar,klik,:http://www.facebook.com/media/set/?set=a.121837461284864.20411.100003758316900&type=3

Rabu, 11 April 2012

Perbicaraan KES BERSIH 2007 belum selesai




Walaupun sudah 5 tahun peristiwa ini berlalu.Mungkin ramai yang sudah lupa peristiwa tangkapan Petugas Bersih 2007,namun bagi unit amal kedah ianya tetap diingati sampai sekarang.Peristiwa tersebut tidak berakhir disitu kerana sudah 5 tahun, 5 daripada anggota unit amal kedah terpaksa berulang alik dari Kedah ke Kuala Lumpur bagi menghadiri perbicaraan kes tersebut.Antara ialah Ishak Othaman ( ALP Kedah), Mohd Nazren Mohd Nasir (ALP Kedah) Taib Abdullah (unit amal Baling) Syafie Mohamad (unit amal Baling) dan Abdul Salam (unit amal Baling). Kami unit amal kedah,redha dengan apa yang berlaku serta kami terima dugaan dan cabaran yang telah atau yang bakal kami tempuhi. Dugaan ini cukup berat bagi kami dimana kos kewangan yang berjumlah ribuan ringgit dan masa yang terpaksa dikorbankan.Moga dengan dugaan ini lah akan membuatkan kami terus istiqamah dalam perjuangan ini.Bermula dengan perbicaraan di mahkamah seksyen dan seterusnya ke mahkamah tinggi dan sekarang kes itu masih lagi berjalan di dalam kandang tertuduh mahkamah rayuan,. Bersama Tuan Haji Muhamad Sabu dan YB Tian Chua . Perbicaraan bakal berlangsung lagi pada 9-11 Mei 2012,

Catatan Mohd Zad Abdullah

( Unit Amal W.Persekutuan yang ditahan polis pada Himpunan BERSIH 2007 dan sekarang sebagai ALP Pusat)

10 Nov 2007

Selepas memberi taklimat kepada petugas Unit Amal dibawah saya sekitar pukul 11.15 pagi, kami mula bergerak ke lokasi kami iaitu Kompleks Sogo untuk mengambil posisi tugas masing-masing. Saya meminta petugas. Kami tiba di Sogo sekitar pukul 11.45pagi. Kemudian kami berkumpul dihadapan Sogo sebagai isyarat kepada peserta lain bahawa kami berada disitu.

Lebih kurang pukul 12.30 tgh, kami didatangi seorang pegawai berpangkat ASP meminta kami supaya bersurai dari situ jika tidak mahu dikenakan sebarang tindakan. Saya kemudian mengarahkan sahabat-sahabat saya dan anggota Unit Amal lain bersurai seketika sebelum tiba waktu yang ditetapkan.

Selepas semuanya bersurai, saya masih berada disitu sambil berlegar di kawasan sekitar. Pada pukul 12.40 tgh, saya didatangi kembali pegawai ASP tadi beserta seorang SB lalu meminta kad pengenalan saya kemudian saya diperiksa oleh SB tadi. Selepas dari itu, saya diarah mengikuti pegawai tadi ke kereta peronda polis dan saya terus dibawa ke IPKKL, Jalan Hang Tuah.

Semasa di IPKKL, Jalan Hang Tuah, saya diminta beri keterangan dan diperiksa bertalu-talu oleh beberapa pegawai berpangkat inspector. Barangan yang saya bawa seperti set walkie talkie serta baju tshirt Unit Amal saya dirampas. Pihak polis mendesak supaya saya memberitahu siapa dalang di belakang BERSIH. Saya tidak menjawab pertanyaan tersebut dan saya ditanya lagi Unit Amal ni dinaungi oleh siapa dan siapa ketua Unit Amal Malaysia. Saya menjawab YB Salahuddin Ayub, penaung dan ketua Unit Amal Malaysia. Kemudian saya tanya pegawai tersebut, adakah SB polis tidak membuat kerja sehingga tidak tahu berkaitan Unit Amal ni. Lalu pegawai tersebut terdiam.

Selepas puas soal siasat saya, saya ditahan di lokap sementara dan saya dapati terdapat seramai 9 orang anggota Unit Amal dari negeri lain juga ditahan. 5 orang dari Kedah, 2 dari Pahang, 2 lagi dari Terengganu termasuk saya semuanya 10 orang Unit Amal yang ditahan. Saya bertanya sahabat Unit Amal dari Kedah yang mana mereka semua di tahan di Masjid Jamek. Menurut mereka, pihak polis mula menahan mereka sebelum FRU membuat semburan kepada peserta himpunan di Masjid Jamek.

Kesemua Unit Amal termasuk saya ditahan di lokap IPKKL tersebut dalam keadaan tidak berbaju kerana kesemua tshirt Unit Amal kami dirampas sehinggalah sekitar pukul 10.30 malam kami dibebaskan oleh peguam dari Lajnah Guaman PAS Pusat tanpa diberikan baju tshirt Unit Amal kami. Selepas memulangkan telefon bimbit serta walkie talkie saya, saya terus menghubungi sahabat Unit Amal Wilayah Pesekutuan supaya membawakan baju untuk saya pakai. Walaupun telah dibebaskan, kesemua anggota Unit Amal yang ditahan itu dikehendaki melaporkan diri lagi di Balai Polis Dang Wangi pada 10 Disember 2007.

Khamis, 22 Mac 2012

KONVENSYEN JABATAN AMAL 2012









Konvensyen Jabatan Amal Malaysia yang berlangsung di Taman Melewar,. Penyertaan seramai 20 anggota wakil Jabatan Amal. Semoga segala apa yang diperbincangkan akan menjadi perubahan besar dalam Jabatan Amal

Khamis, 5 Januari 2012

Dari Meja Penerangan PAS Kedah

Tentera Merah yang sentiasa gagah.....


Oleh : SARINA ISMAIL
Ketua Penerangan DMP Kedah

Apa saja program samada peringkat parti mahu pun kerajaan, mereka ini sentiasa kelihatan memberi khidmat kepada para pengunjung.

Tidak kira siang atau malam, panas mahu pun hujan, mereka tetap setia memberi khidmat. Tanpa mereka, kesesakan jalanraya dan parkir akan berlaku. Seawalnya mereka mendahului yang lain gagah menjaga lalu lintas agar menjadi lancar dan tindak mengganggu perjalanan orang lain.

Berbaju merah segak bergaya, digelar tentera merah kerana jasa bakti yang ditaburkan kepada penduduk Johor suatu ketika dulu ketika Negeri Johor dilanda banjir berminggu-minggu.

Itulah pasukan Unit Amal yang slogannya "Beramal Kerana Allah"...barisan tegak berdiri memberi khidmat masyarakat tidak mengira waktu. Di kala musibah melanda, ribut, banjir, tanah runtuh, kebakaran dan lain-lain, mereka inilah tampil dan sanggup meredah kesukaran membantu memberi bantuan awal hingga akhir.

Uniknya mereka ini, bekerja tanpa dibayar upah..cukuplah sekadar untuk menghilang lapar dahaga...walhalnya mereka rela meninggalkan kerja-kerja peribadi serta anak dan isteri...bukan untuk sehari dua malah ada kalanya berminggu-minggu.

Kini, mereka mempunyai pelapis muda yang bakal dididik mewarisi semangat juang kemasyarakatan demi kesimbungan perjuangan mereka yang ikhlas mencari redha Allah.

Anak-anak muda perlu didedahkan dengan pasukan ini kerana aktiviti unit amal sedikit sebanyak dapat membantu golongan muda dari terjerumus ke kancah masalah sosial yang menjadi semakin bejat dan parah sekarang ini. Ibu bapa seharusnya membenarkan anak-anak remaja mereka melibatkan diri dengan pasukan tersebut agar kehidupan mereka lebih terarah serta menanamkan sifat bantu membantu dalam kehidupan.

Ya...ada kalanya mereka ini nampak garang dan bengis, terutama semasa mengendalikan kem-kem yang melibatkan remaja namun sebenarnya itu cara mereka mendidik dengan harapan anak-anak remaja menjadi kuat fizikal dan mental lebih-lebih untuk mengharungi ranjau kehidupan yang semakin mencabar.

Adakalanya mereka menjadi begitu tegas...patuh kepada arahan..tanpa mengira kroni mahu pun pangkat..demi menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan. Adakalanya mereka menjadi berani, tidak takut berhadapan musuh semata-mata menjaga keselamatan pimpinan dari diganggu musuh dan adakalanya mereka menjadi penyayang tatkala berdepan dengan insan-insan yang menghadapi musibah.

Mereka sanggup menjadi benteng mempertahankan keselamatan umum bila berlakunya demontrasi walau pun mereka juga diserang oleh pihak berkuasa...

Itulah Pasukan Unit Amal yang tidak kering dek panas dan tidak lapuk dek hujan. Walau pun pemimpinnya bersilih ganti namun perjuangan yang dibawa tetap sama dan senada.

Unit Amal...andalah pahlawan PAS...jadilah anda seperti singa disiang hari...dan meratap sedih mengadap Allah dimalam hari...

Tentera Merah tetap gagah...











Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites