Rabu, 11 April 2012

Perbicaraan KES BERSIH 2007 belum selesai




Walaupun sudah 5 tahun peristiwa ini berlalu.Mungkin ramai yang sudah lupa peristiwa tangkapan Petugas Bersih 2007,namun bagi unit amal kedah ianya tetap diingati sampai sekarang.Peristiwa tersebut tidak berakhir disitu kerana sudah 5 tahun, 5 daripada anggota unit amal kedah terpaksa berulang alik dari Kedah ke Kuala Lumpur bagi menghadiri perbicaraan kes tersebut.Antara ialah Ishak Othaman ( ALP Kedah), Mohd Nazren Mohd Nasir (ALP Kedah) Taib Abdullah (unit amal Baling) Syafie Mohamad (unit amal Baling) dan Abdul Salam (unit amal Baling). Kami unit amal kedah,redha dengan apa yang berlaku serta kami terima dugaan dan cabaran yang telah atau yang bakal kami tempuhi. Dugaan ini cukup berat bagi kami dimana kos kewangan yang berjumlah ribuan ringgit dan masa yang terpaksa dikorbankan.Moga dengan dugaan ini lah akan membuatkan kami terus istiqamah dalam perjuangan ini.Bermula dengan perbicaraan di mahkamah seksyen dan seterusnya ke mahkamah tinggi dan sekarang kes itu masih lagi berjalan di dalam kandang tertuduh mahkamah rayuan,. Bersama Tuan Haji Muhamad Sabu dan YB Tian Chua . Perbicaraan bakal berlangsung lagi pada 9-11 Mei 2012,

Catatan Mohd Zad Abdullah

( Unit Amal W.Persekutuan yang ditahan polis pada Himpunan BERSIH 2007 dan sekarang sebagai ALP Pusat)

10 Nov 2007

Selepas memberi taklimat kepada petugas Unit Amal dibawah saya sekitar pukul 11.15 pagi, kami mula bergerak ke lokasi kami iaitu Kompleks Sogo untuk mengambil posisi tugas masing-masing. Saya meminta petugas. Kami tiba di Sogo sekitar pukul 11.45pagi. Kemudian kami berkumpul dihadapan Sogo sebagai isyarat kepada peserta lain bahawa kami berada disitu.

Lebih kurang pukul 12.30 tgh, kami didatangi seorang pegawai berpangkat ASP meminta kami supaya bersurai dari situ jika tidak mahu dikenakan sebarang tindakan. Saya kemudian mengarahkan sahabat-sahabat saya dan anggota Unit Amal lain bersurai seketika sebelum tiba waktu yang ditetapkan.

Selepas semuanya bersurai, saya masih berada disitu sambil berlegar di kawasan sekitar. Pada pukul 12.40 tgh, saya didatangi kembali pegawai ASP tadi beserta seorang SB lalu meminta kad pengenalan saya kemudian saya diperiksa oleh SB tadi. Selepas dari itu, saya diarah mengikuti pegawai tadi ke kereta peronda polis dan saya terus dibawa ke IPKKL, Jalan Hang Tuah.

Semasa di IPKKL, Jalan Hang Tuah, saya diminta beri keterangan dan diperiksa bertalu-talu oleh beberapa pegawai berpangkat inspector. Barangan yang saya bawa seperti set walkie talkie serta baju tshirt Unit Amal saya dirampas. Pihak polis mendesak supaya saya memberitahu siapa dalang di belakang BERSIH. Saya tidak menjawab pertanyaan tersebut dan saya ditanya lagi Unit Amal ni dinaungi oleh siapa dan siapa ketua Unit Amal Malaysia. Saya menjawab YB Salahuddin Ayub, penaung dan ketua Unit Amal Malaysia. Kemudian saya tanya pegawai tersebut, adakah SB polis tidak membuat kerja sehingga tidak tahu berkaitan Unit Amal ni. Lalu pegawai tersebut terdiam.

Selepas puas soal siasat saya, saya ditahan di lokap sementara dan saya dapati terdapat seramai 9 orang anggota Unit Amal dari negeri lain juga ditahan. 5 orang dari Kedah, 2 dari Pahang, 2 lagi dari Terengganu termasuk saya semuanya 10 orang Unit Amal yang ditahan. Saya bertanya sahabat Unit Amal dari Kedah yang mana mereka semua di tahan di Masjid Jamek. Menurut mereka, pihak polis mula menahan mereka sebelum FRU membuat semburan kepada peserta himpunan di Masjid Jamek.

Kesemua Unit Amal termasuk saya ditahan di lokap IPKKL tersebut dalam keadaan tidak berbaju kerana kesemua tshirt Unit Amal kami dirampas sehinggalah sekitar pukul 10.30 malam kami dibebaskan oleh peguam dari Lajnah Guaman PAS Pusat tanpa diberikan baju tshirt Unit Amal kami. Selepas memulangkan telefon bimbit serta walkie talkie saya, saya terus menghubungi sahabat Unit Amal Wilayah Pesekutuan supaya membawakan baju untuk saya pakai. Walaupun telah dibebaskan, kesemua anggota Unit Amal yang ditahan itu dikehendaki melaporkan diri lagi di Balai Polis Dang Wangi pada 10 Disember 2007.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites