Rabu, 28 April 2010

TAHNIAH dari kami unit amal kedah

ALOR SETAR, 26 April : Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah meluluskan perlantikan Adun Bukit Lada, Ahmad Izzat Shauki sebagai Timbalan Speaker Dun Kedah,

Perlantikan Ahmad Izzat dicadang oleh Adun Sungai Limau, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan disokong oleh Adun Pengkalan Kundor, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan diluluskan dengan sebulat suara.

Rombakan barisan Exco Kedah baru-baru ini menyaksikan penyandang jawatan tersebut, Adun Ayer Itam, Abdul Ghani Ahmad telah dipilih untuk menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.

Pilihan raya umum yang lalu menyaksikan Ahmad Izzat memenangi kerusi Dun Bukit Lada apabila menewaskan Dato' Ariffin Man dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 208 undi.

Pada ketika ini, Pakatan Rakyat menguasai 20 kerusi di Dun Kedah, manakala BN (13) dan Bebas (dua). Satu lagi kerusi, iaitu Kota Siputeh masih kekal kosong berikutan kehilangan kelayakan Adunnya yang melanggari Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah pada Ogos tahun lalu.

Ahad, 25 April 2010

MISI KEMANUSIAAN MANGSA RIBUT

4 April 2010-Dun Kuala Ketil telah dilanda musibah iaitu ribut. Dianggarkan lebih kurang 200 buah rumah telah mengalami kerosakkan. Ada juga rumah yang kehilangan bumbung-bumbung rumah, ditimpa pokok dan tercabut bumbung beranda rumah. Setelah maklumat diterima daripada Unit Amal Kawasan Baling iaitu saudara Aziz atau lebih dikenalai sebagai Pak Ajis. Unit KBB telah menghantar tiga anggota amal Selama Kedah yang terdiri dua tukang rumah bersama penyelaras Amal KBB untuk turut membantu Amal Baling membaiki rumah yang terlibat dengan musibah tersebut.


Pada petang itu kerja bantuan dilaksanakan di Taman Muslim Kuala Ketil. Selepas Solat Asar kerja bantuan diteruskan sehingga 6.30 ptg. Hujan yang lebat membantut kerja-kerja membaiki bumbung rumah. Ini adalah kerana faktor keselamatan anggota dititik beratkan serta keadaan bumbung yang tidak menizinkan.


Pada tanggal Jumaat April 2010, Sekali lagi 11 anggota Amal KBB telah menyertai acara gotong royong perdana membantu membaiki rumah mangsa ribut, lanjutan dari bantuan pada hari-hari sebelumnya. Keanggotaan gotong royong ini turut serta dari Unit Amal dari negeri lain seperti Amal Negeri Perak dan Pulau Pinang. Amal Ehsan ini juga turut dibantu tukang-tukang rumah yang berkemahiran tinggi yang menjadi tunjang dalam memperbaiki rumah yang rosak. Tanpa mereka sudah tentu kerja-kerja bantuan menjadi sulit.


Anggota amal KBB dan Baling telah berjaya membantu membaiki lima buah rumah. Ini tidak temasuk kumpulan-kumpulan lain yang berjaya membaiki rumah-rumah mangsa ribut. Walau pun begitu kerja-kerja bantuan masih lagi diteruskan pada hari ini sehingga Ahad. Pada hari ini Unit Amal Wilayah dengan diketuai ALP Amal Pusat saudara Mat Zad telah telah sampai di Kuala Ketil untuk turut sama menyertai operasi membantu mangsa ribut . Mudah-mudah segala sumbangan tenaga para Amal dan pendukung-pendukung Islam, Allah berkati.

Sahabat yang lama menyepikan diri sdr Saalani..
hikmah ribut muncul juga beliau


Bergambar kenangan bersama pemilik rumah

Bantuan tidak mengira kaum

Timb Pengarah 2 sdr yahya abdullah


Ketua DPP Kulim Bndr Baru Ust Khairi Salleh tak lepas peluang

Tukang Rumah juga sama-sama membantu

Pak Lang Aziz-Pen S/U Amal Kedah-memang kepakaran beliau

Sdr Abas memang suka kerja-kerja macam ni


Bersama Anggota Amal Pulau Pinang


Sabtu, 24 April 2010

BERTUGAS UNTUK MSN

Stadium Darul Amal - Cup prix petronas pusingan pertama berlangsung di kedah baru-baru ini mengundang Jabatan Amal Kedah sebagai petugas. Seramai 10 petugas sama-sama bertungkus lumus dalam menjayakan program tersebut.

Diketuai oleh Sdr Fuad - timb pengarah 4 jabatan amal kedah


Antara tugasan yang diamanahkan



Sdr Basir - melayan karenah pengunjung


Jumaat, 23 April 2010

BERANI

MUQADDIMAH

Perkara paling penting yang perlu ada bagi pemuda mukmin adalah kekuatan dan keberanian untuk menzahirkan kebenaran terutama ke atas musuh-musuhnya. Kedua-duanya berkait rapat dengan hubungan yang baik dengan Allah. Hubungan ini terjalin melalui tauhid, cinta, harapan, takut, taubat, kusyuk, tawakkal dan sentiasa berada di sisiNya serta mencukupkan diri dari yang selainNya.

Dalam hal ini, Allah SWT telah pun menjelaskan dalam kitabnya bahawa orang yang berhak menjadi pemimpin di bumi ialah manusia yang memiliki hati yang takut kepada Allah. Sifat takut hanya pada Allah akan menzahirkan rasa berani terhadap selain Allah.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan Kami pasti akan menempatkan kamu di negeri-negeri itu setelah mereka (orang Kafir) . Yang demikian itu adalah untuk orang-orang yang takut (menghadap) kehadratKu dan takut akan ancamanKu”. –Ibrahim ayat 14

BERANI YANG DITUNTUT

Sebenarnya sifat berani yang dituntut agama ialah berani yang bersifat positif sahaja. Dengan kata lain, berani pada tempatnya atau berani kerana benar yang mendatangkan kebaikan kepada diri, jamaah dan masyarakat.

Sebagai contoh ialah berani hanya kepada apa yang disuruh Allah SWT terutama di dalam usaha menegakkan agamaNya. Berani seperti ini adalah sikap diri yang mendorong sifat rajin dan berwaspada, sebab dengan adanya sifat-sifat ini, manusia akan merasa bahawa segala gerak gerinya hanyalah untuk mencari ridha Allah dan sedar bahawa ia sentiasa dalam pengawasan dan pertolonganNya.

Berani hanya kepada yang benar bermakna takut melakukan yang salah dan maksiat. Perasaan takut seperti ini berpunca dari perasaan takut kepada Allah. Ibnu Qudamah Al-Maqdisi menerangkan bahawa takut kepada Allah akan mendorong untuk mengamalkan ilmu pengetahuan, dan untuk lebih banyak beramal, kerana ilmu dan amal itu sendiri akan dapat mendekatkan diri kepada Allah.

BERANI YANG DITEGAH

Berani yang ditegah agama ialah berani kepada sesuatu yang patut ditakuti atau berani melanggar syariat dan peraturan yang baik. Dengan kata lain, berani yang merugikan diri sendiri, jamaah dan masyarakat, setidak-tidaknya berani yang tidak mendatangkan sebarang manfaat.

Berani dalam hal yang tidak baik sama buruknya dengan perasaan takut melakukan yang baik dan berguna, kerana kedua-duanya akan merosak dan menggagalkan hidup seseorang. Tidak menghairankan mereka yang tidak mempunyai keberanian tidak akan meningkat taraf keupayaan perjuangannya. Mereka terlalu mudah menyerah kepada perasaan takut yang menghantui mereka. Hal itu merupakan kesalahan besar terutama terhadap pemuda Islam kerana ia tidak boleh menzahirkan kemampuan yang sebenar

Mungkin kita boleh mencontohi seekor semut yang sedang berusaha mengambil gula di dalam botol, meskipun kita menghalaunya, namun ia tidak mudah mengalah sebelum mendapatkan gula tersebut. Dengan berani, gigih serta tekun ia dapat membawa keluar gula yang terkadang lebih besar dari tubuhnya.

RASUL PELOPOR KEBERANIAN

Bani Israil telah lama dicengkam kejahatan dan kezaliman Firaun. Akibatnya timbul ketakutan yang luar biasa di dalam diri mereka. Antara perlakuan Firaun kepada mereka ialah:

-Firaun membunuh semua anak lelaki yang baru lahir

-Firaun merperlakukan mereka sebagai warga kelas dua

-Firaun menyuruh mereka menyembahnya dan mengaku dirinya tuhan

Perubahan besar Bani Israil berlaku selepas Nabi Musa menerima wahyu dari Allah di Bukit Thursina. Ia bermula apabila Nabi Musa sedar tentang siapa dirinya dan tahu tentang posisi Firaun yang sebenarnya. Maka terzahirlah keberanian Nabi Musa apabila:

-Datang kepada Firaun dan memintanya membebaskan Bani Israil

-Mengajak Firaun menyembah Allah

-Menentang ahli sihir Firaun

-Memimpin Bani Israil berhijrah keluar dari kekejaman Firaun

Lihatlah wahai para pemuda, ketika Nabi Musa tahu tentang diri dan potensinya, berlakulah perubahan. Nabi Musa yang datang menghadap bukan lagi sosok yang menjadi warga kelas dua, diburu tentera Firaun dan anak angkat di istana Firaun, sebaliknya ia adalah Rasulullah yang menjadi pelopor perubahan kepada Bani Israil dengan penuh keberanian.

Justeru itu, sedarlah sahabat bahawa kita adalah “Musa-Musa kecil” yang berhadapan dengan banyak “Firaun-Firaun” yang hadhir dalam berbagai rupa bentuk kehidupan kini. Iaitu Firaun-Firaun yang menakuti kita dan membuatkan hidup kita berada di jalur yang lemah, bacul dan salah.

Tugas kita sebagai “Musa-Musa kecil” adalah melawan segala bentuk “Fir’aunisme kehidupan” yang merosakkan itu. Sebab, selagi kita tidak melawan, kita akan terus dikuasai hingga tidak mampu melakukan perubahan kearah yang lebih baik.

ALQADISIYAH CETUS KEBERANIAN

Al Qadisiyah adalah satu lagi symbol keberanian dalam sejarah awal Islam. Dari satu sudut, ia melambangkan pertarungan sebuah Negara baru yang bermodalkan nilai ubudiyah yang kental melawan sebuah kuasa besar dunia. Dari sudut lain pula, ia melakarkan dialog yang menonjol makna keberanian yang sangat jelas.

Sebagai peristiwa sejarah, Al Qadisiyah adalah lokasi pertempuran besar antara pasukan Islam dengan pasukan Parsi. Negara Madinah yang masih terlalu muda mengirimkan panglima Saad bin Abi Waqqas, sementara Parsi diwakili lansung panglima besarnya Rustum. Tambahan pula kekuatan pasukan Islam hanya seperempat pasukan musuh yang membariskan tentera bergajahnya sebagai kenderaan pemanah namun pertempuran yang berlaku menjadi punca kehancuran kuasa besar Parsi.

Menjelang pertempuran, berlaku dialog yang menonjol makna keberanian yang jelas. Ketika itu, Rustum hairan dengan keberanian pasukan kecil Negara baru dari semenanjung Arab itu

Kemudian ia bertanya kepada Rabi’, “sebenarnya dengan apa dan untuk apa kamu datang?”

Rabi’ menjawab tangkas soalan ini, “kami datang membebaskan manusia dari perhambaan manusia menuju perhambaan kepada Allah, dari kezaliman cara hidup kepada keadilan Islam dan dari belenggu kehidupan dunia yang sempit kepada keluasan akhirat.

AL-FATIH

Sultan Muhammad Al-Fatih juga telah meninggalkan sejarah keberanian yang luar biasa di dalam usaha membebaskan kota Konstantinopel. Keberaniannya bukan sekadar berani berhadapan dengan kuasa besar Romawi bahkan berani mencuba untuk mencapai janji Rasulullah SAW dengan melaksanakannya dan juga berani mencuba sesuatu yang baru seperti melayarkan kapal armada Turki di darat dengan menempuh jarak sepuluh batu apabila kapal sudah terperangkap di laut.Di atas kayu-kayu balak yang dilumuri dengan lemak, armada kapal perang Al-Fatih ditarik oleh para tentera dengan bantuan kuda dan lembu.

Al Fatih dengan semangat pelaksanaannya mendapat ilham yang penuh dengan kecerdasan, kekuatan, keberanian dan keajaiban untuk mewujudkan janji yang lama tertangguh. Keinginannya untuk mewujudkan janji itu melahirkan sejarah kepahlawanan yang mengagumkan..

PEMUDA YANG BERANI

Saudara sekelian, apa yang kita inginkan dari perbincangan ini ialah kefahaman dan kesedaran bahawa sifat berani amat penting kepada kita. Kita perlu memiliki sifat berani didalam banyak perkara, antaranya:

-berani melakukan perkara yang bermanfaat dan menguntungkan Islam

-berani mengakui kekurangan

-berani menghadapi kritikan

-berani mencetus dan memimpin perubahan

-berani mengubah suasana dan adat yang rosak

-berani membebaskan diri dari kawalan serta pengaruh yang buruk

-berani bersikap jujur

-berani mempertahankan keyakinan

-berani menerima resiko

-berani menjadi “pemain” bukan sekadar “penonton” dalam perjuangan

-berani mengemukakan pandangan dan kritikan membina

-berani “bangun” setiap kali “jatuh”

-dan lain-lain

Namun bukanlah berani yang kita maksudkan di sini secara membuta tuli, sebaliknya mestilah keberanian yang dibina di atas kebijaksanaan dan penuh hikmah.

Mungkin ada di kalangan kita mengukur keberanian melalui sikap yang ditunjukkan, contohnya dikira berani kalau dapat menegur orang lain dengan lantang dan keras, bahkan dikira amat berani jika mampu “cerkah” orang lain. Ya, ada ketika kita mesti bersuara lantang dan keras, itu adalah salah satu ciri pemuda namun kita mesti bijak menggunakan “sifat keras” itu.

Adalah amat baik jika kita gunakan sifat berani kita untuk mengemukakan cadangan yang baru dan meneroka sesuatu langkah terkini untuk memajukan perjuangan kita.

Akan tetapi janganlah pula kerana terlalu berhikmah akhirnya kita menjadi bacul, lembik, ceroi dan yang semasa dengannya.

PENUTUP

Wahai sahabat-sahabat para pemuda!

Renunglah apa yang diingatkan oleh Rasulullah SAW di dalam sabdanya yang bermaksud:

“Janganlah salah seorang dari kamu menghina dirinya sendiri”.

Para sababat bertanya: “Wahai Rasulallah SAW, bagaimana seseorang itu menghina dirinya sendiri?”. Rasulullah menjawab dengan sabdanya: ‘seseorang yang melihat satu perkara yang patut ia memberi teguran kerana Allah, tetapi ia tidak berbuat demikian, maka pada hari kiamat kelak Allah SWT akan bertanya kepadanya, apakah yang menghalang kamu daripada berkata (menegur) dalam perkara tersebut?, lantas orang itu menjawab: “kerana takutkan manusia”, Allah berfirman kepadanya: “Sepatutnya Akulah yang berhak engkau takut”

PELANCARAN BRIGED AMAL KEDAH

KOMPLEKS PAS KEDAH - 13/03/2010 - Berlangsung nya pelancaran Briged Amal Negeri Kedah. Program yang dilancarkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Amal Pusat Sdr Azwan merupakan satu titik mula penyerapan nilai-nilai murni amal kepada pelajar sekolah agama di sekitar negeri kedah.
Ust Ahmad Yahya dalam ucapan aluan nya menyeru agar usaha baik ini diteruskan dan hanya kepada Allah kita berserah dalam apa pun jua keadaan.


Salam Ukhwah merupakan amalan biasa yang dipraktikkan oleh setiap ahli amal

Bergambar kenangan

Ikrar dan Taat Setia hanya kepada ALLAH


Dalam Mara Mengadap
Gimik Pelancaran
Berdisiplin dalam Perbarisan
Ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah





Menerima tabik hormat
Bergaya dan Bersedia

Antara Exco DPPNK yang juga turut bersama




Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites