Jumaat, 23 April 2010

MERAIKAN ROMBONGAN AMAL PENANG

Kompleks PAS Kedah-14/02/2010-Rombongan Jabatan Amal Pulau Pinang dirai di sini sementara mereka singgah untuk bermalam di Home Stay Kompleks pada hari itu. Difahamkan mereka bermula perjalanan pada 13/02/2010 ke Pulau Langkawi dan bermalam di pulau tersebut selama satu malam. Keesokan nya mereka bertolak ke tanah besar bagi meneruskan lagi perjalanan ke Pondok Haji Salleh di Sik dan terus ke Makam Shuhada di Baling.
Kedatangan mereka yang seramai 75 orang di Kompleks PAS Kedah disambut oleh Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Kedah bersama Sdr Azman Ahmad, Exco DPPN Kedah.
Sedikit taklimat mengenai Kerajaan Kedah telah disampaikan oleh Sdr Azman Ahmad yang juga Timbalan Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah.
Majlis malam itu berakhir jam 11.30 malam dan semua ahli rombongan berehat bagi meneruskan lagi perjalanan pada keesokan hari nya















0 ulasan:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites