Sabtu, 10 September 2011

Rumah Terbuka PAS KEDAH


10 September 2011 di Kompleks PAS Kedah di Batu 9 ,
Badan Perhubungan PAS Kedah telah menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri, Ramai tetamu yang hadir dari pelbagai lapisan kaum dan parti politik antaranya kaum Melayu, Cina, India dan Siam serta parti PKR dan DAP. Kehadiran mereka menambahkan lagi seri majlis tersebut.
Bagi petugas Uinit Amal, persiapan sudah bermula pada petang 9 september lagi, perlbagai persiapan disiapkan bagi memastikan kelancaran program tersebut,.
Tidak kurang 80 anggota turut sama-sama menyumbang tenaga untuk majlis tersebut, ianya termasuk dari kalangan unit amal kawasan, Briged Amal Sekolah dan Banat Sekolah.

















Khamis, 8 September 2011

OPEN House MB Kedah









Mentaloon, 15 Sept. - Ribuan rakyat jelata dari pelbagai kaum membanjiri kediaman rasmi YAB Menteri Besar Kedah, Sri Mentaloon bagi meraikan Rumah Terbuka Aidil Fitri YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang diadakan hari ini.
Unit Amal juga turut sama membantu bagi memastikan majlis berjalan lancar. Orang ramai berpusu-pusu masuk ke perkarangan Sri Mentaloon sebaik sahaja pintu utama kediaman rasmi Menteri Besar itu dibuka. Pelbagai juadah di sediakan untuk dinikmati oleh orang ramai.

YAB Menteri Besar beramah mesra dengan semua tetamu yang hadir dan orang ramai kelihatan berebut-rebut untuk bersalaman dengan beliau. Menteri Besar turut meluangkan masa menghulurkan duit raya kepada kanak-kanak yang beratur panjang.

Kehadiran orang ramai ke Rumah Terbuka Aidil Fitri kali ini dianggarkan lebih ramai berbanding tahun lalu.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites