Selasa, 26 Julai 2011

SAMBUTAN DAN KARNIVAL 2 DEKAD

abatan Amal Malaysia dengan kerjasama beberapa NGO dibawah Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Karnival Amal 2 Dekad bersempena ulang tahun penubuhan Jabatan Amal Malaysia yang telah menjangkau usia 20 tahun.
Dalam program karnival yang diadakan selama 4 hari ini, disajikan beberapa acara dan persembahan artis-artis, forum perdana ehwal islam yang membariskan ahli-ahli panel yang terkemuka suatu ketika dahulu. Selain daripada itu acara sukan seperti pertandingan badminton, futsal, larian marathon dan lain-lain lagi.

Tidak ketinggalan juga dalam program ini akan diadakan pameran daripada agensi-agensi kerajaan, khidmat kesihatan percuma.

Semua rakyat Malaysia terutama yang berdekatan dengan kawasan program dalah dijemput hadir.

Tarikh Program : 28 Julai hingga 31 Julai
Tempat : Stadium terbuka Bangi Seksyen 15




Khamis, 21 Julai 2011

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH KEPIMPINAN DPPNK


Selasa, 17 Julai 2011, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah mengajurkan Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan dan Amanah Kepimpinan. Majlis ini sebagai simbolik bagi mengiktiraf perlantikan saf kepimpinan DPP kawasan seluruh negeri Kedah.

Majlis dimulakan dengan jamuan bersama bekas tahanan BERSIH 2.0. Seramai 50 orang bekas tahanan yang hadir pada malam itu.


Peserta sedang menjamu selera.

Majlis dengan kehadiran pemuda hampir 350 orang ini diakhiri dengan penyampaian sijil watikah kepada semua ketua pemuda kawasan dan didahului dengan barisan exco DPPN Kedah. Majlis bersurai sekitar jam 12.00 tgh malam.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites