Khamis, 27 Januari 2011

HIMPUNAN 30,000 PEMUDA PAS MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN
Himpunan 15 K pemuda yang dirancang dan dijayakan pada tahun 2006 telah meletakkan tanda aras serta ukuran melalui sistem Komuniti UKJ yang dibangunkan setahun sebelum itu. Seramai 5 orang pemuda di setiap cawangan yang telah didaftarkan melalui Sistem Komuniti UKJ telah menyertai Himpunan tersebut. Mengikut rekod, Himpunan tersebut dihadiri seramai 12,600 peserta dari seluruh negara kecuali dari Johor dan Melaka (kerana musibah besar berlaku di duna negeri tersebut).
Kini setelah 4 tahun berlalu Himpunan yang sama dirancang dengan jangkaan peserta yang lebih besar sekali ganda dari jumlah pada tahun 2006 (30,000 pemuda). Ukurannya adalah seramai 10 orang pemuda yang didaftarkan melalui sistem Komuniti UKJ. Jika dikumpulkan sebanyak 3000 cawangan yang berdaftar, seramai 30,000 pemuda mampu dihimpunkan.
Himpunan ini memerlukan pengorbanan yang besar serta komitmen yang tinggi dari semua Ahli jawatankuasa serta pimpinan bagi merealisasikannya. Sudah pasti, tujuan kehadiran peserta adalah untuk melihat kemampuan dan kekuatan pemuda di seluruh negara di samping menggempur Parlimen dan DUN yang disasarkan sebagai persediaan menghadapi PRU ke 13 dan menambah motivasi petugas-petugas PAS di seluruh negara.

2.0 OBJEKTIF
2.1. Mengumpulkan kekuatan pemuda seramai mungkin sebagai persiapan menghadapi PRU ke 13.
2.2. Mempertahankan kerajaan negeri Kedah pada pilihanraya umum ke 13.
2.3. Menonjolkan pemuda PAS sebagai pendokong utama kerajaan negeri Kedah Darul Aman.

3.0 TARIKH/ MASA/ TEMPAT

Tarikh :19 Februari 2011 / bersamaan 16 Rabiulawal 1432 (Sabtu)
Masa :8.00 pagi – 12.00 malam
Tempat :Kompleks PAS Kedah, KM 13, Jalan Alor Setar – Sungai Petani,
06650 Simpang Empat, Alor Setar, Kedah.

5.0 PESERTA
5.1. Ahli sistem Komuniti UKJ yang telah didaftarkan dan disenarai pendek dan bukan Exco DPPK (Minimum 10 orang 1 cawangan x 3000 cawangan)
5.2. Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (Pemuda) = 100 setiap negeri
5.3. Exco DPPK (20 orang x 150 kawasan)
5.4. Exco DPPN (15 orang x 14 negeri)
5.5. Exco DPPP ( 35 orang)
Yuran Penyertaan : RM 10 seorang

12.0 PENUTUP
Semoga program ini mendapat sokongan yang padu dari semua pihak.
Sesungguhnya kejayaan yang kita dambakan menuntut komitmen dan pengorbanan
serta rasa kebersamaan yang tinggi seluruh ahli pemuda.
Mudah-mudahan dengan segala usaha ini menjadi satu persiapan untuk kita menghadapi
mehnah PRU 13 yang bakal tiba tidak lama lagi. Hanya padaNya kita berserah dan
hanya padaNya kita mohon pertolongan.
Wallahu’alam.

ATURCARA PROGRAM

(19 Februari 2011 – SABTU)
PAGI
06.30pg : Pendaftaran dan sarapan pagi
09.45pg : Ketibaan tetamu-tetamu kehormat
09.50pg : Ketibaan Menteri Besar Kedah
10.00pg : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu PAS dan AMAL.
: Ucapan Aluan Ketua DPPN Kedah
: Ucapan Aluan Pengarah Himpunan
: Ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
: Ucapan Perasmian
Oleh : YAB Dato’ Seri Ustaz Hj Azizan Abdul Razak
Menteri Besar Kedah.
11.00pg : Pidato Khas-Motivasi Pilihanraya Pemuda
Ybhg Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man – Naib Presiden PAS
YB Salahuddin Ayub – Naib Presiden PAS
Ybhg Ustaz Idris Hj Ahmad - Ketua Penerangan PAS Pusat
YBhg Dato’ Abu Bakar Chik – AJK PAS Pusat
YBHg Hj Mohamad Sabu – AJK PAS Pusat
01.30ptg : Makan tengahari / Solat Zuhur
02.30ptg : Program Anak Muda - KONSERT
04.00ptg : Ucapan Penutup
Oleh : Ustaz Nasharuddin Mat Isa – Timbalan Presiden PAS
05.00ptg : Perlawanan Bolasepak Persahabatan
Pasukan Pemuda PAS vs Pasukan Bekas Pemain Bolasepak Kebangsaan
06.45ptg : Rehat

Malam
07.30mlm: Solat Maghrib dan Munajat Perdana bersama
YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
09.00mlm: Ceramah Umum
YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Ybhg Ustaz Nasharuddin Mat Isa
YBhg Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
YAB Dato’ Seri Ustaz Hj Azizan Abdul Razak

12.00 malam : Bersurai

Ahad, 16 Januari 2011

PLANNER JABATAN AMAL MALAYSIA 2011

Perancangan tahunan

1.Kursus kejurulatihan
Bertempat : Kuala Lumpur
Tarikh : 22-23 Jan 2011

2.Muqayyam Qiadi Zon Utara
Bertempat : Pulau Pinang
Tarikh : 26-27 Feb 2011

3.Tamrin kepimpinan ahli
Bertempat : Johor
Tarikh : 20-22 Mei 2011

4.Sambutan 2 dekad Jabatan Amal Malaysia
Bertempat : Selangor
Tarikh : 30-31 Jul 2011

5.Pertandingan kawad piala peringkat kebangsaan
Bertempat : Selangor
Tarikh : 31 Jul 2011

6.Jambori Jabatan Amal Pusat
Bertempat : Pahang
Tarikh : 30 sep – 2 Okt 2011

7.Ekspedisi (XPDC) Amal Zon Utara
Belum Diputuskan Tarikh dan Tempat

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites