Rabu, 11 April 2012

Perbicaraan KES BERSIH 2007 belum selesai




Walaupun sudah 5 tahun peristiwa ini berlalu.Mungkin ramai yang sudah lupa peristiwa tangkapan Petugas Bersih 2007,namun bagi unit amal kedah ianya tetap diingati sampai sekarang.Peristiwa tersebut tidak berakhir disitu kerana sudah 5 tahun, 5 daripada anggota unit amal kedah terpaksa berulang alik dari Kedah ke Kuala Lumpur bagi menghadiri perbicaraan kes tersebut.Antara ialah Ishak Othaman ( ALP Kedah), Mohd Nazren Mohd Nasir (ALP Kedah) Taib Abdullah (unit amal Baling) Syafie Mohamad (unit amal Baling) dan Abdul Salam (unit amal Baling). Kami unit amal kedah,redha dengan apa yang berlaku serta kami terima dugaan dan cabaran yang telah atau yang bakal kami tempuhi. Dugaan ini cukup berat bagi kami dimana kos kewangan yang berjumlah ribuan ringgit dan masa yang terpaksa dikorbankan.Moga dengan dugaan ini lah akan membuatkan kami terus istiqamah dalam perjuangan ini.Bermula dengan perbicaraan di mahkamah seksyen dan seterusnya ke mahkamah tinggi dan sekarang kes itu masih lagi berjalan di dalam kandang tertuduh mahkamah rayuan,. Bersama Tuan Haji Muhamad Sabu dan YB Tian Chua . Perbicaraan bakal berlangsung lagi pada 9-11 Mei 2012,

Catatan Mohd Zad Abdullah

( Unit Amal W.Persekutuan yang ditahan polis pada Himpunan BERSIH 2007 dan sekarang sebagai ALP Pusat)

10 Nov 2007

Selepas memberi taklimat kepada petugas Unit Amal dibawah saya sekitar pukul 11.15 pagi, kami mula bergerak ke lokasi kami iaitu Kompleks Sogo untuk mengambil posisi tugas masing-masing. Saya meminta petugas. Kami tiba di Sogo sekitar pukul 11.45pagi. Kemudian kami berkumpul dihadapan Sogo sebagai isyarat kepada peserta lain bahawa kami berada disitu.

Lebih kurang pukul 12.30 tgh, kami didatangi seorang pegawai berpangkat ASP meminta kami supaya bersurai dari situ jika tidak mahu dikenakan sebarang tindakan. Saya kemudian mengarahkan sahabat-sahabat saya dan anggota Unit Amal lain bersurai seketika sebelum tiba waktu yang ditetapkan.

Selepas semuanya bersurai, saya masih berada disitu sambil berlegar di kawasan sekitar. Pada pukul 12.40 tgh, saya didatangi kembali pegawai ASP tadi beserta seorang SB lalu meminta kad pengenalan saya kemudian saya diperiksa oleh SB tadi. Selepas dari itu, saya diarah mengikuti pegawai tadi ke kereta peronda polis dan saya terus dibawa ke IPKKL, Jalan Hang Tuah.

Semasa di IPKKL, Jalan Hang Tuah, saya diminta beri keterangan dan diperiksa bertalu-talu oleh beberapa pegawai berpangkat inspector. Barangan yang saya bawa seperti set walkie talkie serta baju tshirt Unit Amal saya dirampas. Pihak polis mendesak supaya saya memberitahu siapa dalang di belakang BERSIH. Saya tidak menjawab pertanyaan tersebut dan saya ditanya lagi Unit Amal ni dinaungi oleh siapa dan siapa ketua Unit Amal Malaysia. Saya menjawab YB Salahuddin Ayub, penaung dan ketua Unit Amal Malaysia. Kemudian saya tanya pegawai tersebut, adakah SB polis tidak membuat kerja sehingga tidak tahu berkaitan Unit Amal ni. Lalu pegawai tersebut terdiam.

Selepas puas soal siasat saya, saya ditahan di lokap sementara dan saya dapati terdapat seramai 9 orang anggota Unit Amal dari negeri lain juga ditahan. 5 orang dari Kedah, 2 dari Pahang, 2 lagi dari Terengganu termasuk saya semuanya 10 orang Unit Amal yang ditahan. Saya bertanya sahabat Unit Amal dari Kedah yang mana mereka semua di tahan di Masjid Jamek. Menurut mereka, pihak polis mula menahan mereka sebelum FRU membuat semburan kepada peserta himpunan di Masjid Jamek.

Kesemua Unit Amal termasuk saya ditahan di lokap IPKKL tersebut dalam keadaan tidak berbaju kerana kesemua tshirt Unit Amal kami dirampas sehinggalah sekitar pukul 10.30 malam kami dibebaskan oleh peguam dari Lajnah Guaman PAS Pusat tanpa diberikan baju tshirt Unit Amal kami. Selepas memulangkan telefon bimbit serta walkie talkie saya, saya terus menghubungi sahabat Unit Amal Wilayah Pesekutuan supaya membawakan baju untuk saya pakai. Walaupun telah dibebaskan, kesemua anggota Unit Amal yang ditahan itu dikehendaki melaporkan diri lagi di Balai Polis Dang Wangi pada 10 Disember 2007.

Khamis, 22 Mac 2012

KONVENSYEN JABATAN AMAL 2012









Konvensyen Jabatan Amal Malaysia yang berlangsung di Taman Melewar,. Penyertaan seramai 20 anggota wakil Jabatan Amal. Semoga segala apa yang diperbincangkan akan menjadi perubahan besar dalam Jabatan Amal

Khamis, 5 Januari 2012

Dari Meja Penerangan PAS Kedah

Tentera Merah yang sentiasa gagah.....


Oleh : SARINA ISMAIL
Ketua Penerangan DMP Kedah

Apa saja program samada peringkat parti mahu pun kerajaan, mereka ini sentiasa kelihatan memberi khidmat kepada para pengunjung.

Tidak kira siang atau malam, panas mahu pun hujan, mereka tetap setia memberi khidmat. Tanpa mereka, kesesakan jalanraya dan parkir akan berlaku. Seawalnya mereka mendahului yang lain gagah menjaga lalu lintas agar menjadi lancar dan tindak mengganggu perjalanan orang lain.

Berbaju merah segak bergaya, digelar tentera merah kerana jasa bakti yang ditaburkan kepada penduduk Johor suatu ketika dulu ketika Negeri Johor dilanda banjir berminggu-minggu.

Itulah pasukan Unit Amal yang slogannya "Beramal Kerana Allah"...barisan tegak berdiri memberi khidmat masyarakat tidak mengira waktu. Di kala musibah melanda, ribut, banjir, tanah runtuh, kebakaran dan lain-lain, mereka inilah tampil dan sanggup meredah kesukaran membantu memberi bantuan awal hingga akhir.

Uniknya mereka ini, bekerja tanpa dibayar upah..cukuplah sekadar untuk menghilang lapar dahaga...walhalnya mereka rela meninggalkan kerja-kerja peribadi serta anak dan isteri...bukan untuk sehari dua malah ada kalanya berminggu-minggu.

Kini, mereka mempunyai pelapis muda yang bakal dididik mewarisi semangat juang kemasyarakatan demi kesimbungan perjuangan mereka yang ikhlas mencari redha Allah.

Anak-anak muda perlu didedahkan dengan pasukan ini kerana aktiviti unit amal sedikit sebanyak dapat membantu golongan muda dari terjerumus ke kancah masalah sosial yang menjadi semakin bejat dan parah sekarang ini. Ibu bapa seharusnya membenarkan anak-anak remaja mereka melibatkan diri dengan pasukan tersebut agar kehidupan mereka lebih terarah serta menanamkan sifat bantu membantu dalam kehidupan.

Ya...ada kalanya mereka ini nampak garang dan bengis, terutama semasa mengendalikan kem-kem yang melibatkan remaja namun sebenarnya itu cara mereka mendidik dengan harapan anak-anak remaja menjadi kuat fizikal dan mental lebih-lebih untuk mengharungi ranjau kehidupan yang semakin mencabar.

Adakalanya mereka menjadi begitu tegas...patuh kepada arahan..tanpa mengira kroni mahu pun pangkat..demi menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan. Adakalanya mereka menjadi berani, tidak takut berhadapan musuh semata-mata menjaga keselamatan pimpinan dari diganggu musuh dan adakalanya mereka menjadi penyayang tatkala berdepan dengan insan-insan yang menghadapi musibah.

Mereka sanggup menjadi benteng mempertahankan keselamatan umum bila berlakunya demontrasi walau pun mereka juga diserang oleh pihak berkuasa...

Itulah Pasukan Unit Amal yang tidak kering dek panas dan tidak lapuk dek hujan. Walau pun pemimpinnya bersilih ganti namun perjuangan yang dibawa tetap sama dan senada.

Unit Amal...andalah pahlawan PAS...jadilah anda seperti singa disiang hari...dan meratap sedih mengadap Allah dimalam hari...

Tentera Merah tetap gagah...











Isnin, 19 Disember 2011

Unit Amal dalam Kem Bina Sahsiah 2011

17/12/2011-Guar Cempedak- Seperti tahun-tahun yang lepas, Kem Bina Sahsiah sekali lagi memerlukan khidmat petugas tetap iaitu unit amal. Bermula hari pendaftaran pada 21/11/2011 di Sekolah Intergerasi Faizin, unit amal bertugas sebagai bagi melancaran lalu lintas dimana lebih 200 kenderaan waris mula berpusu-pusu menghantar anak untuk menyertai KBS 2011,

Fasa Pertama selama 7hari yang bertempat di SAIF, petugas tetap unit amal yang diserap sebagai urusetia seramai 7 anggota mula mengorak langkah bagi membantu melancarkan kem tersebut. Pelbagai tugas yang dijalankan semata-mata untuk kem tersebut berjalan lancar.
Fasa Kedua yang diberi nama Cabaran Gunung dan Rimba yang diadakan di Peranginan Sg Teroi Gunung Jerai. Cabaran Gunung dan Rimba ini ialah salah satu program yang di kelolaakan oleh Unit Amal sambil dibantu oleh urusetia KBS sendiri. seramai 40 anggota yang bertanggungjawab bagi menjayakan agenda fasa kedua ini. Selama 5hari semua petugas dan peserta berkampung.

Fasa Ketiga selama 9hari dihabiskan di SAIF, dan majlis penutup KBS diadakan di Masjid Guar Cempadak pada 17/12/2011 dan dirasmikan oleh Dato Seri Di Raja Ust Azizan MB Kedah.









































Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites