Ahad, 30 Oktober 2011

Kembara Royong Unit Amal Kedah

PENDANG-26/10/2011- Kembara Gotong-royong Unit Amal Kedah merupakan tugas yang diutamakan dalam unit amal kedah kerana ia akan mewujudkan semangat bekerjasama di antara satu sama lain, bak kata pepatah `berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.

Dalam aspek kemasyarakatan lebih lagi di luar bandar masih ia masih kerana masyarakat ini amat mementingkan perpaduan dan nilai tradisi serta suka hidup tolong-menolong dan melakukan kerja secara sukarela. Struktur anggota masyarakat ini yang terdiri daripada saudara-mara sendiri memudahkan lagi amalan ini dilaksanakan. Berdasarkan hal inilah masyarakat tersebut sama-sama menggembleng tenaga dan berkorban masa untuk menjayakan sebarang aktiviti yang dijalankan oleh ahlinya.

Ia nya dapat dibuktikan dalam program terdekat unit amal hari ini. kerjasama antara anggota amal dan penduduk 3 kampung,Masjid hidayah Kg Bukit paya matinsun,Kg Bakar Arang,Kg Baluh, amat menggalakkan..

















Isnin, 24 Oktober 2011

TENAGA AMAL UNTUK SAMBUTAN 60 TAHUN PAS


Kompleks PAS kedah - 4hari sambutan 60 tahun PAS peringkat negeri kedah,. dalam masa 4hari itu lah tenaga unit amal kedah diperlukan,
Dengan di ketuai oleh sdr fuad lazim, tugas2 lalulintas dan parking dalaman dipikul dengan penuh tanggungjawab,. tugasan diatur setiap hari dengan melibatkan semua kawasan2 yang terdapat dikedah. masing2 bergilir setiap hari bagi membantu melancarkan perjalanan sambutan,. lebih 20 ALP amal kedah memberi tumpuan sepenuh masa disitu.

Isnin, 3 Oktober 2011

Sambutan 60 Tahun PAS









PAS kini sudah memasuki era baru dalam perjalanan perjuangannya yang kini mencecah usia 60 tahun sejak penubuhannya 1951, kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Bercakap sewaktu menyampaikan ucaptama di Kongres Sambutan 60 Tahun PAS di Dewan Milenium, Kepala Batas di sini, Presiden PAS itu berkata parti Islam itu kini telah mendapat kepercayaan pelbagai pihak di negara ini

Ahad, 2 Oktober 2011

Royong Bersama Masyarakat Baling










BALING-30/09/2011- Gotong-royong merupakan tugas yang diutamakan dalam unit amal kedah kerana ia akan mewujudkan semangat bekerjasama di antara satu sama lain, bak kata pepatah `berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.
Dalam aspek kemasyarakatan lebih lagi di luar bandar masih ia masih kerana masyarakat ini amat mementingkan perpaduan dan nilai tradisi serta suka hidup tolong-menolong dan melakukan kerja secara sukarela. Struktur anggota masyarakat ini yang terdiri daripada saudara-mara sendiri memudahkan lagi amalan ini dilaksanakan. Berdasarkan hal inilah masyarakat tersebut sama-sama menggembleng tenaga dan berkorban masa untuk menjayakan sebarang aktiviti yang dijalankan oleh ahlinya.
Ia nya dapat dibuktikan dalam program terdekat unit amal baru-baru ini. kerjasama antara anggota amal dan penduduk kampung amat menggalakkan..

Sabtu, 10 September 2011

Rumah Terbuka PAS KEDAH


10 September 2011 di Kompleks PAS Kedah di Batu 9 ,
Badan Perhubungan PAS Kedah telah menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri, Ramai tetamu yang hadir dari pelbagai lapisan kaum dan parti politik antaranya kaum Melayu, Cina, India dan Siam serta parti PKR dan DAP. Kehadiran mereka menambahkan lagi seri majlis tersebut.
Bagi petugas Uinit Amal, persiapan sudah bermula pada petang 9 september lagi, perlbagai persiapan disiapkan bagi memastikan kelancaran program tersebut,.
Tidak kurang 80 anggota turut sama-sama menyumbang tenaga untuk majlis tersebut, ianya termasuk dari kalangan unit amal kawasan, Briged Amal Sekolah dan Banat Sekolah.

















Khamis, 8 September 2011

OPEN House MB Kedah









Mentaloon, 15 Sept. - Ribuan rakyat jelata dari pelbagai kaum membanjiri kediaman rasmi YAB Menteri Besar Kedah, Sri Mentaloon bagi meraikan Rumah Terbuka Aidil Fitri YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang diadakan hari ini.
Unit Amal juga turut sama membantu bagi memastikan majlis berjalan lancar. Orang ramai berpusu-pusu masuk ke perkarangan Sri Mentaloon sebaik sahaja pintu utama kediaman rasmi Menteri Besar itu dibuka. Pelbagai juadah di sediakan untuk dinikmati oleh orang ramai.

YAB Menteri Besar beramah mesra dengan semua tetamu yang hadir dan orang ramai kelihatan berebut-rebut untuk bersalaman dengan beliau. Menteri Besar turut meluangkan masa menghulurkan duit raya kepada kanak-kanak yang beratur panjang.

Kehadiran orang ramai ke Rumah Terbuka Aidil Fitri kali ini dianggarkan lebih ramai berbanding tahun lalu.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites