Khamis, 8 September 2011

OPEN House MB Kedah









Mentaloon, 15 Sept. - Ribuan rakyat jelata dari pelbagai kaum membanjiri kediaman rasmi YAB Menteri Besar Kedah, Sri Mentaloon bagi meraikan Rumah Terbuka Aidil Fitri YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang diadakan hari ini.
Unit Amal juga turut sama membantu bagi memastikan majlis berjalan lancar. Orang ramai berpusu-pusu masuk ke perkarangan Sri Mentaloon sebaik sahaja pintu utama kediaman rasmi Menteri Besar itu dibuka. Pelbagai juadah di sediakan untuk dinikmati oleh orang ramai.

YAB Menteri Besar beramah mesra dengan semua tetamu yang hadir dan orang ramai kelihatan berebut-rebut untuk bersalaman dengan beliau. Menteri Besar turut meluangkan masa menghulurkan duit raya kepada kanak-kanak yang beratur panjang.

Kehadiran orang ramai ke Rumah Terbuka Aidil Fitri kali ini dianggarkan lebih ramai berbanding tahun lalu.

1 ulasan:

Harrah's Cherokee Casino Resort - Mapyro
Harrah's Cherokee Casino Resort is located 공주 출장안마 in Murphy, North 태백 출장마사지 Carolina and 양주 출장안마 is open daily 24 hours. 논산 출장마사지 The casino is open 24 상주 출장샵 hours seven days a week.

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites