Sabtu, 10 September 2011

Rumah Terbuka PAS KEDAH


10 September 2011 di Kompleks PAS Kedah di Batu 9 ,
Badan Perhubungan PAS Kedah telah menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri, Ramai tetamu yang hadir dari pelbagai lapisan kaum dan parti politik antaranya kaum Melayu, Cina, India dan Siam serta parti PKR dan DAP. Kehadiran mereka menambahkan lagi seri majlis tersebut.
Bagi petugas Uinit Amal, persiapan sudah bermula pada petang 9 september lagi, perlbagai persiapan disiapkan bagi memastikan kelancaran program tersebut,.
Tidak kurang 80 anggota turut sama-sama menyumbang tenaga untuk majlis tersebut, ianya termasuk dari kalangan unit amal kawasan, Briged Amal Sekolah dan Banat Sekolah.

















Khamis, 8 September 2011

OPEN House MB Kedah









Mentaloon, 15 Sept. - Ribuan rakyat jelata dari pelbagai kaum membanjiri kediaman rasmi YAB Menteri Besar Kedah, Sri Mentaloon bagi meraikan Rumah Terbuka Aidil Fitri YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang diadakan hari ini.
Unit Amal juga turut sama membantu bagi memastikan majlis berjalan lancar. Orang ramai berpusu-pusu masuk ke perkarangan Sri Mentaloon sebaik sahaja pintu utama kediaman rasmi Menteri Besar itu dibuka. Pelbagai juadah di sediakan untuk dinikmati oleh orang ramai.

YAB Menteri Besar beramah mesra dengan semua tetamu yang hadir dan orang ramai kelihatan berebut-rebut untuk bersalaman dengan beliau. Menteri Besar turut meluangkan masa menghulurkan duit raya kepada kanak-kanak yang beratur panjang.

Kehadiran orang ramai ke Rumah Terbuka Aidil Fitri kali ini dianggarkan lebih ramai berbanding tahun lalu.

Jumaat, 5 Ogos 2011

SEKITAR 2 DEKAD UNIT AMAL DI BANGI


Jabatan Amal Malaysia dengan kerjasama beberapa NGO dibawah Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Karnival Amal 2 Dekad bersempena ulang tahun penubuhan Jabatan Amal Malaysia yang telah menjangkau usia 20 tahun.



Dalam program karnival yang diadakan selama 4 hari ini, disajikan beberapa acara dan persembahan artis-artis, forum perdana ehwal islam yang membariskan ahli-ahli panel yang terkemuka suatu ketika dahulu. Selain daripada itu acara sukan seperti pertandingan badminton, futsal, larian marathon dan lain-lain lagi.

Tidak ketinggalan juga dalam program ini akan diadakan pameran daripada agensi-agensi kerajaan, khidmat kesihatan percuma.










Khamis, 4 Ogos 2011

Ayahanda kepada ALP Jabatan Amal Kedah kembali ke Rahmatullah

29/07/2011 - TEMBAK
Kembali nya ke Rahmatullah ayah kepada ALP Ishak Othman.

Kepada semua anggota amal, marilah sama-sama kita menghadiahkan bacaan Surah Al-Fatihah kepada Allahyarham Othman,


Beberapa ALP Amal Kedah turut hadir menziarahi jenazah antaranya Timb pengarah4 Sdr. Fuad Lazim ,Pegawai Kewangan Amal Kedah Sdr Muhammad Othman, YB Cikgu Johari ,Jamil Baharom, Nazir Ibrahim (tok ayah) mazdi

Jabatan Amal Negeri Kedah mengucapkan takziah kepada keluarga...

Selasa, 26 Julai 2011

SAMBUTAN DAN KARNIVAL 2 DEKAD

abatan Amal Malaysia dengan kerjasama beberapa NGO dibawah Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Karnival Amal 2 Dekad bersempena ulang tahun penubuhan Jabatan Amal Malaysia yang telah menjangkau usia 20 tahun.
Dalam program karnival yang diadakan selama 4 hari ini, disajikan beberapa acara dan persembahan artis-artis, forum perdana ehwal islam yang membariskan ahli-ahli panel yang terkemuka suatu ketika dahulu. Selain daripada itu acara sukan seperti pertandingan badminton, futsal, larian marathon dan lain-lain lagi.

Tidak ketinggalan juga dalam program ini akan diadakan pameran daripada agensi-agensi kerajaan, khidmat kesihatan percuma.

Semua rakyat Malaysia terutama yang berdekatan dengan kawasan program dalah dijemput hadir.

Tarikh Program : 28 Julai hingga 31 Julai
Tempat : Stadium terbuka Bangi Seksyen 15




Khamis, 21 Julai 2011

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH KEPIMPINAN DPPNK


Selasa, 17 Julai 2011, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah mengajurkan Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan dan Amanah Kepimpinan. Majlis ini sebagai simbolik bagi mengiktiraf perlantikan saf kepimpinan DPP kawasan seluruh negeri Kedah.

Majlis dimulakan dengan jamuan bersama bekas tahanan BERSIH 2.0. Seramai 50 orang bekas tahanan yang hadir pada malam itu.


Peserta sedang menjamu selera.

Majlis dengan kehadiran pemuda hampir 350 orang ini diakhiri dengan penyampaian sijil watikah kepada semua ketua pemuda kawasan dan didahului dengan barisan exco DPPN Kedah. Majlis bersurai sekitar jam 12.00 tgh malam.

Isnin, 16 Mei 2011

HIMPAK 11'




PENDAHULUAN
Himpunan Petugas Amal Kedah atau ringkas nya HIMPAK. Ia merupakan satu program bagi tujuan menghimpunkan sejumlah besar Amal dari seluruh Negeri Kedah.
Usaha ini bertujuan bagi mengembalikan kegemilangan dan seterusnya dapat memperkasa serta memperhebatkan Unit Amal Negeri Kedah. Tujuan program ini juga
adalah kerana menyambut baik harapan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri supaya menghidupkan Unit Amal di peringkat kawasan.
Program ini dikelolakan oleh Unit Latihan dan Pendidikan Jabatan Amal Kedah

TEMA “ Mengembalikan Roh Amilin”

Objektif
1.Menyuntik semangat baru kepada Anggota Amal Kedah
2.Memberi pendedahan dan ilmu Amal
3.Sebagai langkah memperkasaan Unit Amal

KUMPULAN SASARAN
1)Semua AJK Pemuda PAS Negeri ( Undangan VIP )
2)Semua AJK Pemuda PAS Kawasan ( Undangan VIP )
3)Seluruh ALP Jabatan Amal Negeri Kedah
4)Semua AJK Unit Amal Kawasan
5)Seluruh Unit Amal Negeri Kedah
6)Seluruh Briged Amal Sekolah Negeri Kedah
7)Seluruh Briged Amal Banat Negeri Kedah
8)Seluruh Kadet Amal Sekolah Negeri Kedah

TARIKH
16 hingga 18hb JUN 2011 – Khamis hingga Sabtu

TEMPAT
Kompleks PAS KEDAH

ACARA :
1.Pertandingan Kawad
2.Sukan Rakyat




Tentatif
16 / 06 / 2011 - Khamis
05.00 pm:Pendaftaran
07.00 pm:Solat Magrib
08.20 pm:Solat Isyak dan Makan Malam
09.30 pm:Taklimat
10.00 pm:Ceramah Motivasi
11.30 pm:Rehat

17 / 06 / 2011 - Jumaat
05.20 am:KEM Salahuddin
06.00 am:Solat Subuh / Kuliah Subuh
07.30 am:Sarapan Pagi / Fizikal Fitness
09.00 am:Pertandingan Kawad
12.30 pm:Khidmat Diri / Makan Tengahari / Solat Jumaat
02.30 pm:Sukan Rakyat
05.30 pm:Pendaftaran Unit Amal Kedah
06.00 pm:Solat Asar dan Minum Petang / Khidmat Diri
07.00 pm:Solat Magrib / Tazkirah
08.20 pm:Solat Isyak dan Makan Malam
09.30 pm:Persembahan Pentas
11.30 pm:Rehat

18 / 06 / 2011 - Sabtu
O5.20 am:KEM Salahuddin
06.00 am:Solat Subuh / Kuliah Subuh
07.30 am:Sarapan Pagi
08.00 am:Fizikal Fitness / Kawad
08.30 am:Pendaftaran Briged Amal Banat Sekolah
09.00 am:HIMPAK
:Pengerusi oleh Timbalan 2 Unit Amal Kedah
:Amanat oleh Pengarah Unit Amal Kedah
:Amanat oleh Ketua DPPNK
:Amanat oleh Pesurujaya PAS Kedah
12.00 pm:Kenduri Rakyat
:Solat Zohor
02.30 pm:Bersurai


17 / 06 / 2011 – Jumaat – JAM 3 PETANG
PERJUMPAAN KHAS ALP JABATAN AMAL KEDAH
BERSAMA ALP JABATAN AMAL PUSAT

Selasa, 22 Februari 2011

UNIT AMAL SEKITAR HIMPUNAN 30 RIBU PEMUDA


Bermula 18/02/2011-sebelum jumaat, sebilangan ALP dan Unit Amal kedah sudah berkumpul di kompleks PAS kedah bagi membuat kerja persiapan terakhir program. Kerja penyusun khemah bertugas, susun kon di jalan dan mengenal pasti kawasan parking.Briged Amal juga turut sama membantu dalam menyelesaikan kerja terakhir. Mereka merupakan penyeri dan pemberi semangat
Jam 12tghmlm bermula tugas memandu arah bagi peserta yang sampai dari luar negeri kedah. dan berakhir hingga 6 pagi. Bermula 6 pagi juga lah tugas dikembang ke lalulintas dan parking serta rondaan.Hampir 200 petugas unit amal yang mendaftar untuk hari tersebut.
Tugasan berakhir jam jam 2 pagi 20/01/2011

kelihatan Pengarah, Bang Mat dan fawaz sedang mengatur tanda parking
kerja-kerja memasang tanda arah dan kon

mendaftar petugas dari luar kedah

sebelum program, kosong lapang

malam program

menyambut ketibaan peserta terengganu

Timbalan Pengarah 1-sambut peserta datang

taklimat dan himpunan pagi

jamuan untuk petugas

bang mat-chef amal kedah

petugas tunjuk arah


dibantu oleh polis cawangan kota sarang semut

team persiapan dan logistik




Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites