Khamis, 4 November 2010
SEKITAR BANJIR DI KEDAH-KUALA KEDAH
Ahad, 31 Oktober 2010
MENGIMBAU KENANGAN
KUALA KEDAH - Beramal tanpa mengira fahaman politik itulah semangat yang senantiasa dibuktikan oleh anggota Unit Amal dimana jua mereka berada.
Penyelaras dan Timbalan Ketua Unit Amal Kuala Kedah, Mohd Fuad Lazim dan Khairul Mazdi Md Akhir turut membantu salah seorang remaja mangsa kemalangan bas rombongan wanita UMNO Kuala Kedah yang mengalami kemalangan di Plaza Tol Jelapang, baru-baru ini.
Remaja tersebut dibawa balik dari tempat kejadian dengan van tertera logo dan nama salah sebuah UMNO bahagian di Perak ke Kampung Kubang Jawi, Alor Janggus, dekat sini.
Sekalipun mengalami kecederaan teruk dibahagian kepala dan teresak-esak menangis, dia hanya diturunkan di masjid kampung berkenaan bersama empat mayat mangsa kemalangan.
Dua anggota Unit Amal ini mengangkat dan menghantar remaja tersebut ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar diiringi bapanya, Shafie, salah seorang tenaga kerja UMNO cawangan itu.
Isnin, 25 Oktober 2010
HIMPUNAN UNIT AMAL KEDAH
Selasa, 12 Oktober 2010
PENGENALAN BRIGED AMAL BANAT
Isnin, 11 Oktober 2010
TIMBALAN PENGARAH 1 YANG BARU
Sabtu, 25 September 2010
MEMBANTU MANGSA RIBUT
PADANG SERAI, 23 Sept: Ketangkasan dan kesungguhan Unit Amal Kedah yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Amal Negeri, Yahaya Abdullah membantu memasang bumbung rumah yang diterbangkan angin ribut pada 20 September lepas mendapat pujian penduduk Ladang Bukit Sedim.
Walaupun hanya pemasangan bumbung melibatkan 86 buah rumah dilaksanakan oleh sebuah kontraktor hasil peruntukan Pembangunan Negeri (ICU) di bawah kelolaan Kerajaan Persekutuan serta Eastate Bukit Sedim tetapi kedatangan Unit Amal dari Sik, Baling, Bandar Baru, Padang Serai dan Sungai Petani dapat mempercepatkan kerja-kerja tersebut memandangkan bilangan pekerja kontrak tidak seberapa.
Sebahagian besar bumbung rumah ladang yang terletak tidak jauh dari Kulim itu rosak menyebabkan semua peralatan rumah termasuk tempat memasak dan tidur dibasahi air hujan yang turun lebat bersama angin kencang.
Kerja-kerja pemasangan terpaksa mengambil masa berhari-hari kerana setiap petang boleh dikatakan hujan lebat.
Ekoran itu, Pejabat Daerah Kulim membuka dua lokasi penempatan iaitu di Dewan Bukit Sedim untuk mangsa keturunan India manakala Melayu di Surau Bukit Sedim yang turut dijadikan pusat gerakan semua pihak.
Yahaya yang dibantu Penyelaras Unit Amal Kulim Bandar Baru, Basri Mohd Idris dan Penolong Setiausaha Unit Amal Negeri Kedah, Mohd Aziz Kasim dan ramai lagi setiap pagi akan memulakan tugas yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Katanya, mereka bertugas dengan berhati-hati kerana kebanyakan bumbung rumah telah berusia lebih 20 tahun ada yang reput dan mudah patah apabila dipijak.
"Dua orang anggota Amal kita dah jatuh tapi mujurlah dapat mencapai kayu. Bukan sahaja anggota kita tapi pekerja kontrak dari
Sementara itu, Penghulu Mukim Bagan Sena, Rostam Hussin pula berkata, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulim telah menyediakan peruntukan makanan dari hari kejadian sehinggalah penduduk kembali ke rumah masing-masing.
















