Isnin, 11 Oktober 2010

TIMBALAN PENGARAH 1 YANG BARU



Ust Abas Pak Ya.. Dilantik sebagai Timbalan Pengarah 1 Jabatan Amal DPPN Kedah berkuatkuasa serta merta menggantikan Ust Nazir Ibrahim yang memohon persara bagi menumpukan Kawasan dan Cawangan..

Sabtu, 25 September 2010

MEMBANTU MANGSA RIBUT

SUMBER BERITA : HARAKAHDAILY

PADANG SERAI, 23 Sept: Ketangkasan dan kesungguhan Unit Amal Kedah yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Amal Negeri, Yahaya Abdullah membantu memasang bumbung rumah yang diterbangkan angin ribut pada 20 September lepas mendapat pujian penduduk Ladang Bukit Sedim.

Walaupun hanya pemasangan bumbung melibatkan 86 buah rumah dilaksanakan oleh sebuah kontraktor hasil peruntukan Pembangunan Negeri (ICU) di bawah kelolaan Kerajaan Persekutuan serta Eastate Bukit Sedim tetapi kedatangan Unit Amal dari Sik, Baling, Bandar Baru, Padang Serai dan Sungai Petani dapat mempercepatkan kerja-kerja tersebut memandangkan bilangan pekerja kontrak tidak seberapa.

Sebahagian besar bumbung rumah ladang yang terletak tidak jauh dari Kulim itu rosak menyebabkan semua peralatan rumah termasuk tempat memasak dan tidur dibasahi air hujan yang turun lebat bersama angin kencang.

Kerja-kerja pemasangan terpaksa mengambil masa berhari-hari kerana setiap petang boleh dikatakan hujan lebat.

Ekoran itu, Pejabat Daerah Kulim membuka dua lokasi penempatan iaitu di Dewan Bukit Sedim untuk mangsa keturunan India manakala Melayu di Surau Bukit Sedim yang turut dijadikan pusat gerakan semua pihak.

Yahaya yang dibantu Penyelaras Unit Amal Kulim Bandar Baru, Basri Mohd Idris dan Penolong Setiausaha Unit Amal Negeri Kedah, Mohd Aziz Kasim dan ramai lagi setiap pagi akan memulakan tugas yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

Katanya, mereka bertugas dengan berhati-hati kerana kebanyakan bumbung rumah telah berusia lebih 20 tahun ada yang reput dan mudah patah apabila dipijak.

"Dua orang anggota Amal kita dah jatuh tapi mujurlah dapat mencapai kayu. Bukan sahaja anggota kita tapi pekerja kontrak dari Myanmar dan Indonesia juga serupa," terangnya ketika ditemui di surau ladang berkenaan.

Sementara itu, Penghulu Mukim Bagan Sena, Rostam Hussin pula berkata, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulim telah menyediakan peruntukan makanan dari hari kejadian sehinggalah penduduk kembali ke rumah masing-masing.

Selain bantuan makanan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merbau Pulas, Ustazah Aishah Ghazali, Ahli Parlimen Padang Serai, Gobalakrisnan dan Pegawai Daerah Kulim, Datuk Abdul Rahman Ahmad turun menziarahi di samping menyampaikan sumbangan kepada mangsa

JAMUAN EIDULFITRI PAS KEDAH










Rabu, 8 September 2010

PROGRAM AKHIR RAMADHAN









AL - FATIHAH..........

Sabtu, 21 Ogos 2010

PROGRAM FASA PERTAMA RAMADHAN

SERDANG - 20/08/10 - Sempena Tamrin DPPNK baru-baru ini, Jabatan Amal Negeri Kedah dengan kerjasama Unit Amal Kulim Bandar Baharu sama-sama telah memasak dan mengagihkan bubur lambuk di Bazar Ramadhan Pekan Serdang.
Program yang berlangsung di Dewan Dato' Fadhil Noor ini telah bermula selepas Solat jumaat dimana sebahagian ALP Amal Kedah bersama Unit Amal Kulim Bandar baharu sama-sama menyediakan bahan serta memasak dan selepas Asar ia diagihkan



















Jumaat, 20 Ogos 2010

DARI AMAL KE AMAL

PENDANG - 07/08/10 - Memberi Kebajikan sesama Amal merupakan salah satu agenda utama Jabatan Amal DPPNK. Dalam program kali ini, sebahagian besar ALP Amal Kedah turut sama dalam membantu bagi menyiapkan rumah Sdr Ibrahim yang juga merupakan ALP Amal Kedah






Sabtu, 7 Ogos 2010

UNIFORM NO.3

Berikut merupakan Uniform (No. 3) Jabatan Amal Malaysia seperti yang telah diluluskan untuk rujukan negeri-negeri.

Sabtu, 5 Jun 2010

BRAINSTORMING DAN BENGKEL STRATEGIK JABATAN AMAL KEDAH

Tarikh :
25-26hb Jun 2010

Masa pendaftaran :
Selepas Solat Jumaat
Jam 3 Petang

Tempat :
Kompleks PAS Pokok Sena

Dirasmikan :
Ust Ahmad bin Yahya
Ketua DPPN Kedah

Semua ALP Jabatan Amal Kedah
dan
Ketua Penyelaras Unit Amal Kawasan
WAJIB Terlibat

Semua Maklumat sudah di emailkan Ke
S/U Dewan Pemuda PAS Kawasan masing-masing
melalui S/U Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Selasa, 1 Jun 2010

SEMUA DI MINTA DATANG BERAMAI2

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites